SILA KLIK DI SINI

Friday, December 24, 2010

Syeikh-syeikh dan murid-murid Imam Ibn Athir


Syeikh-syeikh dan murid-murid Imam Ibn Athir

Syeikh-syeikh beliau :-

Abu Al-Sa’adat telah menjadi murid kepada sejumlah ‘ulama’ –‘ulama’ yang mulia :-

Ø  Beliau telah  mempelajari sastera dan nahu melalui Nasih Al-Din Abi Muhammad Sa’id Ibn Al-Mubarak bin ‘Ali bin Al-Dahhan Al-Baghdadi Al-Nahwi yang meninggal pada tahun 569 H.
Ø  Abi Al-Haram Makki bin Rayyan bin Syabbah bin Solih Al-Makisini Al-Nahwi Al-Dhorir , pernah menetap d Maushul , meninggal pada tahun 603 H.
Ø  Beliau telah mengambil ‘ilmu nahwu dan hadith daripada Abi bakr Yahya bin Sa’dun bin Tamam bin Muhammad Al-Azdi Al-Qurtubi , seorang ahli ‘ilmu nahu, ahli bahasa, sorang pengkaji dan saterawan, meninggal pada tahun 567 H.
Ø  Beliau mendengar hadith di Maushul daripada ramai ‘ulama’ diantaranya ialah tukang khutbah Maushul iaitu Abu Al-Fadhl ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad Al-Tusi yang meninggal pada tahun 578 H.
Ø   Beliau telah mendatangi Baghdad untuk membuat haji lalu beliau sempat mendengar di sana daripada Abi Al-Qosim Sohib Ibn Al-Kholl.
Ø  Ibn Kulaib , Abi Al-Farj ‘Abd Al-Mun’im bin ‘Abd Al-Wahhab  bin Sa’ad Al-Harrani kemudian Al-Baghdadi Al-Hanbali , seorang peniaga yang meninggal di Baghdad pada tahun 596 H.
Ø  ‘Abd Al-Wahhab bin Sukainah, seorang sufi yang bermazhab Al-Syafi’ie yang meninggal pada tahun 607 H.


Murid-murid beliau :-

v  Sesungguhnya yang meriwayatkan daripada beliau adalah anaknya , Al-Syihab Al-Tusi, Abi Al-Fath Muhammad bin Mahmudbin Muhammad bin Syihab Al-Din , pernah menetap di Mesir dan seorang syeikh mazhab Syafi’ie , meninggal pada tahun 596 H.
v  Dan yang terakhir yang meriwayatkan daripada beliau melalui cara ijazah ialah Fakhr Al-Din bin Al-Bukhari
v  Dan yang meriwayatkan daripada beliau juga ialah Al-Qifti yang meninggal pada tahun 646 H , beliau ini telah berkata : Aku telah meriwayatkan daripada nya – moga-moga Allah merahmatinya – dan berkata : Beliau ( Ibn Al-Athir) telah menuliskan kepadaku ijazah dalam semua karya beliau , masmu’ah beliau dan riwayat-riwayat beliau.

KARYA-KARYA BELIAU[1]


Ibn Al-Athir telah meninggalkan hasil-hasil karya yang baik yang membuktikan betapa luasnya thaqafah dan ‘ilmunya yang banyak. Di antara karya-karya beliau ialah :-


v   (1) Al-Insaf Fi Al-Jam’ Baina Al-Kashyfi Wa Al-Kasysyaf

( iaitulah du tafsir Al-Thalabi[2] dan Al-Zamakhsyari[3] ) Yaqut berkata : ada empat jilid.

v  (2) Al-Bahir Fi Al-Furuq

(iaitu tentang ‘ilmu nahwu sebagaimana yang dikatakan oleh Yaqut dan Al-Suyuti , dan ia menurut Ibn Al-Subki dinamakan dengan nama “ Al-Furuq Wa Al-Abniyah “

v  (3) Al-Badi’

9 iaitulah tentang ‘ilmu nahu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Yaqut dan Al-Suyuti

v  (4) Jami’ Al-Ushul Fi Ahadith Al-Rasul

Berkata Yaqut :” Dihimpunkan di dalamnya diantara Al-Bukhari , Muslim , Muwatta’, Sunan Abi Daud, Sunan Al-Nasai dan Al-Tirmizi, beliau menyusunnya menurut huruf mu’jam dan beliau mensyarahkan gharib hadith beserta makna dan hukumnya serta perawi-perawinya dan beliau juga membrikan perhatian pada hadith-hadith yang beliau jadikan sebagai hujjah padanya. Kemudian beliau berkata :” Aku memotong –motong        ( hadith ) , sesungguhnya ia tidak pernah disusun seumpamanya dan belum pernah disusun “ dan sesungguhnya ia telah dicetak di Qaherah pada tahun 1949 H dalam 12 juzuk dengan ‘inayah dan ambil berat oleh dua orang syeikh iaitu ‘Abd Al-Majid Sulaim dan Hamid Al-Faki.


v  (5) Diwan Rasail.

v  (6) Rasail Fi Al-Hisab Mujadwalat.

( sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yaqut )


v  ( 7) Al-Syafi , Syarh Musnad Al-Syafi’ie.

Telah berkata Yaqut :” Aku telah membuat pembaharuan di dalam penyusunannya, lalu disebut tentang hukum-hakamnya, bahasanya, nahwunya dan makna-maknanya, ia ada lebih kurang 100 ringkasan “ diantaranya ialah satu naskhah di Dar Al-Kutub Al-Misriah dalam empat jilid dan naskhah yang lain ada dalam satu jilid.

v  (8) Syarh Gharib Al-Tiwal

Sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Al-Subki.

v  (9) Al-Furuq Wa Al-Abniah.

Iaitu yang membicarakan tentang ‘ilmu nahwu , sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibn Al-Subki dan kitab ini disisi Yaqut dan Al-Suyuti ianya dinamakan dengan nama “ Al-Bahir Fi Al-Furuq “.

v  (10) Kitab Latif Fi Shin’at Al-Kitabah.

Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibn Khalkan dan Ibn Taghri Bardi.

v  (11) Al-Mukhtar Fi Manaqib Al-Akhyar –ataupun Al-Abrar.

Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yaqut : “ Ada empat jilid “ Diantaranya ialah satu naskhah di Liden sebagaimana terdapat juga bahagian yang kedua daripadanya di Maktabah Faidh Allah di Istanbul dan ia adalah sumber bagi Ma’had Al-Makhtutat di Universiti Kerajaan ‘Arab.


v  ( 12) Al-Murassa’ Fi Al-Aba’ Wa Al-Ummahat Wa Al-Abna’ Wa Al-Banat Wa Al-Azwa’ Wa Al-Zawat.

Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yaqut dan Al-Suyuthi dan Ibn Al-Subki. Telah berkata Yaqut :” ada satu jilid” dan berkata Al-Suyuthi :” Aku berpendapat dengannya dan aku ringkaskan daripadanya dan dinamakan dengan ‘ Al-Kuna Fi Kurrasah” dan ia telah dicetak di “ Waimar “ pada tahun 1896 dengan inisiatif “ Sibolad” Al-Almani dalam 267 muka surat daripada potongan yang kecil.


v  (13) Al-Mustafa Wa Al-Mukhtar Fi Al-Ad’iah Wa Al-Azkar.

Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibn Al-Khalkan dan Ibn Taghri Bardi dan Ibn Al-Subki dan Ibn Al-‘Amad.

v  (14) Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith  Wa Al-Athar.


[1] Al-Imam Majid Al-Din Abi Al-Sa’adat Al- Mubarak Bin Muhammad : Ibn Al-Athir ( 544-606 H) , Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith W a Al-Athar, Di tahqiqi oleh Tohir Ahmad Al-Zawi dan Mahmud Muhammad Al-Tonahi, Juzu’ Satu , m/s 16-18, Al-Maktabah Al-Islamiyah.
[2] Beliau ialah Abu Ishak Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim , Al-Tha’labi Al-Naisaburi, meninggal pada tahun 427 H , dalam Tabaqat Al-Syafi’iah 3/23 dan tafsirnya ialah “ Al-Kashf Wa Al-Bayan FI Tafsir Al-Quran “
[3] Beliau adalah Abu Al-Qasim Jar Allah Mahmud bin ‘Umar bin Muhammad , meninggal pada tahun 538 H dan tafsirnya ialah “ Al-Kashshaf ‘An Haqaiq Al-Tanzil

No comments:

Post a Comment