BENTUK-BENTUK NASKHAH YANG DIDAPATI[1] :-
1. Salinan yang pertama adalah dibawah nombor ( 210) hadith. Dan ia adalah satu salinan khazanah yang sempurna dan baik dari segi pemeliharaannya dan bagus, mempunyai kesalahan yang amat sedikit, boleh dipercayai , dan sesungguhnya telah ditetapkan dan diletakkan di hamisynya pembetulan-pembetulan yang menunjukkan bahawa sesungguhnya ia telah dibaca dan dikaji oleh sebahagian ahli’ilmu yang memiliki ke’ilmuan dan kepakaran.
Ia terdapat di dalam jilid yang besar, bilangan kertasnya adalah 870 kertas dalam ukuran yang besar , di dalam setiap muka surat ada sebanyak 33 baris dan dalam setiap baris ada lebih kurang 20 perkataan.dan khat yang digunakan ialah khat nasakh yang boleh dibaca dengan jelas , dan telah dicatatkan diakhir kitab tersebut bahawa sesungguhnya penulisnya iaitu – Adam bim Muhammad bin Muhammad bin Muhsin bin ‘Ali bin Sulaiman –telah memulakan penulisannya pada hari yang keenam daripada bulan Muharram tahun 772 dan telah disempurnakannya pada hari yang ke-26 daripada bulan Muharram juga tahun 774 dan ia merupakan diantara kitab yang telah diwakafkan oleh Wali Al-Haj dan gabenor Syam pada kurun yang ke-12 Hijrah iaitu As’ad Basya Al-‘Azom yang mempunyai istana mewah yang terkenal di Damsyik ke atas sekolah bapanya iaitu Isma’il Basya Al-‘Azom.
2. Salinan yang kedua :Terdapat hanya 3 jilid daripada keseluruhannya , jilid yang ketiga di bawah nombor (199 ) dan kertasnya sebanyak 262 kertas, beliau memulakan pada kitab yang ke-6 daripada huruf Shod, Shillah Al-Rahm ( hubungan kekeluargaan) dan diakhiri dengan kelebihan-kelebihan Bandar RasuluLlah s.a.w., dan jilid yang keempat di bawah nombor ( 200) kertasnya sebanyak 270 kertas yang dimulakan dengan bab yang ke-9 daripada kitab Al-Fadhail dan diakhiri dengan fasal yang ke-4 yang terdiri daripada hadith-hadith yang terpisah-pisah daripada setiap bahagian, dan jilid yang kelima dibawah nombor ( 201) bilangan kertasnya ialah sebanyak 258 kertas yang dimulakan dengan rukun yang ketiga di dalam bahagian penutup dan diakhiri dengan akhir kitab. Dan kahat yang digunakan di dalam salinan ini adalah khat yang biasa yang mudah untuk dibaca yang telah ditulis oleh Muhammad bin Muhammad bin Faid Al-Hanafi di sekolah Al-‘Adiliyyah pada hari yang ke-21 daripada bulan Syawal tahun 733 H, Dan salinan ini dengan juzuk-juzuknya yang tiga yang berturut-turut menghampiri 3/5 daripada keseluruhan jumlah juzuk kitab.
3. Salinan yang ketiga : terdapat juga hanya 3 jilid daripada keseluruhan kitab, jilid yang ke-2 dibawah nombor ( 206) dan bilangan kertasnya adalah sebanyak 256 kertas yang dimulai dengan azan dan muazzin dan berakhir dengan kitab Haji, dan jilid yang ke-8 di bawah nombor ( 203) mempunyai bilangan kertas sebanyak 203 kertas yang dimulai dengan kelebihan azan dan berakhir dengan hadith-hadith yang berkaitan dengan tanda-tanda hari Kiamat, dan jilid yang ke-10 di bawah nombor 204 dan bilangan kertasnya sebanyak 204 kertas dimulai dengan bab yang ke-5 daripada mu’jizat Baginda s.a.w. dan diakhiri dengan bab yang kedua dalam menyebut dan mengingati sekumpulan daripada para nabi. Dan khat yang digunakan di dalam ketiga-tiga juzuk ini adalah khat nasakh yang biasa yang mudah dibaca , ia ditulis pada pertengahan kurun ke-8 Hijrah. Dan telah tercatat di dalam jilid yang ke-8 : Ia telah ditulis pada akhir bulan Syawal tahun 745 H di Qudus yang mulia yang ditulis oleh Muhammad bin Salim bin ‘Abd AL-Nasir Al-Hakim pada hari tersebut, dan salinan ini dari segi kandungannya mengandungi faedah-faedah yang pelbagai daripada perbahasannya mengenai matan , sanad dan makna hadith dan ia telah ditulis dengan tulisan yang merah yang membezakannya dengan pengarang yang asal dan berkenaan hal ini , ia telah diberikan perharian oleh penulisnya pada muka surat yang terakhir daripada jilid yang ke-8 dan ia boleh dikatakan menghampiri ¼ daripada keseluruhan kitaab.
4. Salinan yang wujud dan didapati daripadanya hanyalah jilid yang ke-4 dibawah nombor (208) dan bilangan kertasnya adalah sebanyak 223 kertas yang dimulai dengan bab puasa dan diakhiri dengan kitab Al-‘Umuriyy iaitulah bab terakhir daripada huruf ‘ain yang ditulis dengan khat nasakh yang baik dan ia adalah diantara matlamat tujuan di dalam ketinggian nilai dan pemeliharaannya dan sesungguhnya ia adalah hasil tulisan penulis yang mudah-mudahan yang dirahmati oleh Allah sebagaimana yang tercatat di dalam muka surat terakhir dan tulisan ini telah disempurnakan pada tahun 586 H iaitulah sebelum kematiannya dalam tempoh 20 tahun. Dan sesungguhnya tulisan beliau ini telah dibaca oleh ramai ‘ulama’ yang sezaman dengannya dihadapan pengarang sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam riwayat melalui pendengaran dan telah tercatat tentang tajuk kitab ini di muka surat pertama iaitulah : “ Jami’ Al-Ushul Fi Ahadith Al-Rasul”.
5. Salinan yang didapati hanya juzuk ke-7 di bawah nombor (202) dan bilangan kertasnya ialah 304 kertas yang dimulakan dengan kitab Al-Fadhail daripada huruf Fa dan berakhir dengan huruf Qaf dan khat yang dugunakan ialah khat nasakh yang bagus dan cemerlang , ia ditulis atau disalin ketika pengarang kitab ini masih hidup lagi iaitu dengan salinan dan tulisan Abu A-Qosim ‘Umar bin Sa’d bin Al-Husain pada tahun 593 H . Dan sesungguhnya kitab ini telah didengari oleh bukan hanya seorang daripada ‘ulama’ keatas sahabat penulis iaitu Ai Yusuf Ya’qub bin Muhammad bin Al-Husain Al-Maushili dengan sebenar-benar dengar daripada pengarang yang dirahmati Allah. Dan telah ternyata di kertas yang pertama sebagaimana yang telah tercatat : Kitab ini kepunyaan hamba yang fakir yang berhajat hanya kepada Allah , bukan selain-Nya iaitu Al-Hasib bin Muhammad bin Al-Hasan ( Al-Hasan ialah amir Al-Mukminin mudah-mudahan beliau diredhai oleh Allah ).
6. Salinan yang didapati hanya jilid yang ke-2 dibawah nombor 205 dan bilangan kertasnya ialah 193 kertas yang dimulai dengan kelebihan-kelebihan Al-Quran dan pembaca-pembacanya dan diakhiri dengan kitab yang ke-6 iaiti pembunuhan/peperangan yang berlaku dikalangan sahabat dan tabi’in dan perselisihan diantara mereka , dan tidak terdapat padanya tentang bilakah tarikh penulisannya dan sipakah penulisnya dan pandangan yang terpilih ialah ia ditulis pada kurun yang ke-7 atau 8 H dan khatnya ialah khat nasakh yang jelas dan terang.
7. Sailan yang didapati hanya jilid yang ke-6 di bawah nombor ( 211) dan bilangan kertasnya ialah 341 kertas yang dimulai dengan bab pertama dan kedua di dalam menyebut dan mengingati sekumpulan daripada para nabi dan diakhiri dengan akhir kitabdan khatnya ialah khat farsi yang baik dan penulisannya sempurna pada pagi hari Rabu iaitu hari ke-19 daripada bulan Ramadhan pada tahun 694 H Muhammad bin Al-Mu’tazz bin Abi Sa’d bin Nasr Allah bin Barakat, dan telah tercatat di hamisyh ( nota kaki ) di kertas yang terakhir : Aku telah sampaikan dengan cara yang berlainan mengikut keluasan dan kemampuan dengan menyalin yang boleh dibaca dan berlainan dengan salinan dan tulisan oleh pengarang dan khatnya.
8. Salinan yang didapati hanya jilid yang ke-10 di bawah nombor 209 dan bilangan kertasnya ialah 260 kertas uang dimulakan dengan bab yang ke-2 di dalam menyebut dan mengingati sekumpulan daripada paranabi dan diakhiri dengan penjelasan biografi Ka’ab bin Al-Khazraj dan khatnya ialah khat nasakh yang baik dan tidak diketahui bilakah tarikh penulisannya dan siapakah penulisnya akan tetapi ada berkenaan riwayat secara dengar didalamnya yang menunjukkan tentang tarikhnya ialah tahun 667 H.
9. Salinan yang didapati hanya jilid yang ke-4 dibawah nombor 208 dan bilangan kertasnya ialah sebanyak 221 kertas yang dimulakan dengan kitab Al-Fitan dan berakhir dengan fasal ke-8 iaitu tentang Kaffarah , ia ditulis di dalam khat tulisan yang pelbagai yang berbeza , tidak mengapa dengannya , dan ia tidak terdapat tentang bilakah tarikh penulisannya dan sipakah penulisnya.
Þ Dengan yang demikian , sesungguhnya kitab ini telah dicetak di Percetakan Al-Sunnah Al-Muhammadiah di Mesir di dalam 12 jilid dengan ditahqiq oleh Al-Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi iaitu ketua kumpulan Ansar Al-Sunnah Al-Muhammadiah denag seliaan mufti Al-Diyar Al-Misriyyah yang lepas iaitu Al-Syeikh ‘Abd Al-Majid Sulaim pada tahun 1368 H/1949 M . Dan cetakan ini bagus kecuali ianya tidak lengkap dan yang tidak dicetak ada lebih kurang 1/5 kitab dan didalamnya terdapat kesalahan baris/tulisan , penyelewengan .
[1] Al-Imam Majid Al-Din Abi Al-Sa’adat Al- Mubarak Bin Muhammad : Ibn Al-Athir ( 544-606 H) ,Jami’ Al-ushul Fi Ahadith Al-Rasul , Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Qadir Al-Arnaut, Jld 1
No comments:
Post a Comment