PENGENALAN RINGKAS TENTANG KITAB INI[1].
Adapun sesungguhnya kitab ini terbina diatas 3 rukun iaitu :-
- Pertama : Berkenaan prinsip-prinsip.
- Kedua : Berkenaan isi-isi penting
- Ketiga : Berkenaan penutup.
Dan adapun dalam rukun yang pertama , ianya mengandungi 5 bab iaitu :-
- Bab pertama : Berkenaan dorongan dalam melakukan penghasilan kitab ini dan didalam bab pertama ini ianya juga mengandungi tentang muqaddimah dan didalamnya juga ada 4 fasal.
ü Fasal pertama : Iaitu tentang penyebaran dan peluasan ‘ilmu berkenaan hadith Baginda s.a.w. , prinsip pengumpulannya dan cara penyusunannya.
ü Fasal kedua : Iiatu penjelasan tentang perbezaan matlamat manusia dan arah tujuan mereka di dalam penyusunan hadith .
ü Fasal ketiga : Iaitu tentang ikutan ‘ulama’-‘ulama’ mutaakhir terhadap ‘ulama’-‘ulama’ yang awal dan sebab –sebab meringkaskan kitab-kitab mereka dan cara penyusunannya.
ü Fasal keempat ; Iaitu penjelasan tentang kesimpulan dalam matlamat menghimpunkan dan menghasilkan kitab ini.
- Bab Kedua : Berkenaan cara penyusunan kitab ini dan di dalamnya ada 6 fasal :-
ü Fasal pertama : Iaitu tentang menyebut sanad dan matan.
ü Fasal kedua : Iaitu penjelasan tentang cara meletakkan bab-bab dan fasal-fasal.
ü Fasal ketiga : Iaitu penjelasan tentang Al-Taqfiah ( yang berunsur sajak ) dan penetapan kitab-kitab berdasarkan huruf-huruf .
ü Fasal keempat : Iaitu penjelasan tentang nama-nama perawi dan orang-orang yang bijak pandai.
ü Fasal kelima : Iaitu penjelasan tentang yang gharib dan syarah.
ü Fasal keenam : Iaitu penjelasan tentang apa-apa yang dijadikan bukti dengannya keatas hadith-hadith yang tidak diketahui tentang asal-usulnya.
- Bab Ketiga : Iaitu penjelasan tentang Ushul Al-Hadith , hukumnya dan apa- apa yang berkaitan dengannya . Dan di dalam bab ini, ia mengandungi 4 fasal iaitu :-
ü Fasal pertama : Iaiatu penjelasan tentang methodology pemindahan hadith dan periwayatannya dan didalamnya pula ada 7 cabang :-
Ø Tentang sifat perawi dan syarat-syaratnya.
Ø Tentang Musnad perawi dan cara pengambilannya.
Ø Tentang lafaz yang digunakan oleh perawi dan apa yang dikehendaki olehnya.
Ø Tentang Musnad dan Isnad.
Ø Tentang hadith Mursal.
Ø Tentang hadith Mauquf
Ø Tentang hadith yang Tawatur dan Ahad.
- Iaitu penjelasan tentang Imam yang enamiaitu tentang nama-nama mereka, nasab keturunan mereka, ‘umur mereka, manaqib dan peninggalan mereka.
ü Imam Malik
ü Imam Al-Bukhari
ü Imam Muslim
ü Imam Abu Daud
ü Imam Al-Tirmizi
ü Imam Al-Nasai
- Iaitu penjelasan tentang sanad-sanad kitab ushul yang tertera di dalam kitab ini.
Dan dalam rukun yang kedua, ia memuatkan tentang isi-isi kandungan kitab ini yang utama iaitu berkenaan hadith –hadith yang diletakkan diwah tajuk-tajuk kitab dan bab yang tertentu.
Dan dalam rukun yang ketiga pula, ia memuatkan tentang bahagian penutup kitab ini.
[1] Al-Imam Majid Al-Din Abi Al-Sa’adat Al- Mubarak Bin Muhammad : Ibn Al-Athir ( 544-606 H) ,Jami’ Al-ushul Fi Ahadith Al-Rasul , Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Qadir Al-Arnaut, Jld 1, m/s 34-205.
No comments:
Post a Comment