بَاب الْجَهْرِ فِي الْعِشَاءِ *
Bab Membaca (Dengan) Jelas Di Dalam (Solat) ‘Isya’.
(1) حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ بَكْرٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ الْعَتَمَةَ فَقَرَأَ إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ فَسَجَدَ فَقُلْتُ لَهُ قَالَ سَجَدْتُ خَلْفَ أَبِي الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا أَزَالُ أَسْجُدُ بِهَا حَتَّى أَلْقَاهُ [1]
Maksudnya :
Telah berkata kepada kami Abu Al-Nu’man : telah berkata :telah berkata kepada kami Mu’tamir daripada bapanya daripada Bakr daripada Abi Rafi’ :telah berkata : (( Aku telah bersembahyang bersama Abi Hurairah ‘Atamah (‘isya’) lalu dia ( Abu Hurairah) membaca : (( إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ )) lalu dia pun sujud, maka aku pun berkata ( bertanya ) tentang hal tersebut ; lalu dia pun berkata : Aku telah sujud di belakang Abi Al-Qasim ( RasulululLah s.a.w.) maka aku akan sentiasa sujud sehinggalah aku menemuinya)).
PERAWI SAHABAT[2]
Didalam hadith ini sahabat yang meriwayatkannya ialah Abu Hurairah r.a.
Abu Hurairah Al-Dausi Al-Yamani adalah sahabat RasululLah s.a.w. Beliau adalah seorang sahabat Baginda yang hafidz. Ada berlaku perselisihan berkenaan nama beliau , begitu juga dengan nama bapa beliau.
Ada yang mengatakan bahawa nama beliau adalah ‘Abd Al-Rahman bin Sokhor, Ibn Ghonam, ‘Abd Allah ibn ‘Amir , Ibnu ‘Amru dan banyak lagi. Berkata Hisyam Al-Kalbi : Namanya adalah ‘Umair bin ‘Amir bin Zi Al-Syarriy bin Torif bin ‘Ayyan bin Abi So’ib bin Hanid bin Sa’ad bin Tha’labah ibn Sulaim bin Fahm bin Ghonam bin Daus. Dikatakan juga bahawa nama beliau pada Zaman Jahiliah adalah ‘Abd Syams dan gelarannya adalah Abu Al-Aswad .Beliau dinamakan oleh Rasulullah S.A.W. dan diberi gelaran oleh Baginda ‘ Abu Hurairah” disebabkan beliau membawa anak –anak kucing . Dan dikatakan bahawa ibunya bernama Maimunah bint Sokhor.
PERIWAYATAN :
Beliau adalah seorang sahabat Baginda yang banyak menghafadz dan mengambil hadith . Beliau mengambil hadith daripada RasululLah s.a.w. , Abu Bakr , ‘Umar , Al-Fadl bin ‘Abbas bin ‘Abd Al-Muttolib, Ubai bin Ka’ab , Usamah bin Zaid dan ramai lagi.
Berkata Imam Bukhari : Diriwayatkan daripada Beliau ( Abu Hurairah ) oleh lebih kurang 800 perawi atau lebih yang terdiri daripada Ahl Al-‘Ilm daripada para sahabat , tabi’in dan sebagainya.
Berkata ‘Amru bin ‘Ali : Adalah permulaannya dan keislaman beliau adalah pada tahun Khaibar dan Khaibar adalah pada bulan Muharram, tahun yang ketujuh hijriyyah. Beliau adalah antara tanda-tanda kenabian kerana sesungguhnya Abu Hurairah adalah yang paling hafadz tentang hadith berbanding mereka yang hidup sezaman dengannya, dan tidak ada satu hadith yang datang daripada seorang sahabat pun melainkan ianya ada disisi Abu Hurairah r.a.
Berkata Ibn ‘Uyainah daripada Hisyam bin ‘Urwah : “ Abu Hurairah dan ‘Aisyah meninggal pada tahun 59 hijrah”.
Berkata Dhomroh bin Rabi’ah dan Al-Hatham bin ‘Adi dan Abu Ma’syar :” pada tahun 58 hijrah”.
Berkata pula Al-Waqidi dan Abu ‘Ubaid dan lainnya :” pada tahun 57 hijrah”. Dan Al-Waqidi menambah dengan mengatakan bahawa : “dalam usia 78 tahun “.
Abu Hurairah r.a. sempat menyembahyangkan keatas ‘Aisyah dalam bulan Ramadhan, tahun yang ke-58 hijrah dan keatas Umm Salmah pada bulan Syawal, tahun yang ke-59 hijrah dan kemudian daripada yang tersebut beliau pun meninggal dunia dalam tahun yang sama (59 hijrah ).
Berkata Ibnu Hajar AL-‘Asqolani : “ Ini adalah diantara kesilapan Al-Waqidi yang jelas. Sesungguhnya Umm Salmah adalah masih hidup sehingga tahun yang ke-61 hijrah , sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam Muslim di dalam turjumahnya . Dan yang paling zahir dan jelas adalah sesungguhnya yang disembahyangkan oleh Abu Hurairah keatasnya adalah dan meninggal bersamanya dalam tahun yang sama adalah ‘Aisyah sebagaimana yang dikatakan oleh Hisyam bin ‘Urwah bahawa kedua-duanya meninggal pada tahun yang sama.
KELEBIHANNYA :
Dan diantara kelebihan yang ada pada Abu Hurairah adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Nasai di dalam sunannya : -
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah mendatangi Zaid bin Thabit dan bertanyakan kepadanya tentang sesuatu, maka berkata Zaid kepadanya : ‘ pergilah kepada Abu Hurairah , kerana sesungguhnya ketikamana aku bersama Abu Hurairah dan seorang fulan berada dalam masjid pada satu hari, kami berdo’a dan menyebut do’a tersebut lalu datang RasululLah s.a.w. ke arah kami dan kami pun senyap .Maka berkata Rasulullah S.A.W. : “ Buatlah sebagaimana yang kamu sedang buat “.Dan berkata Zaid :” Maka kami pun berdo’a , begitu juga sahabatku sebelum Abu Huraurah. Dan RasululLah s.a.w. pun meng-amin-kan do’a kami”. Kemudian tatkala Abu Hurairah berkata :” Ya, Allah ,Sesungguhnya aku meminta kepadamu apa-apa yang yang diminta oleh sahabatku, dan aku meminta kepadamu ‘ilmu yang tidak akan lupa”:. Maka RasululLah s.a.w. pun mengatakan :” Telah mendahului kamu semua dengannya oleh Al-Ghulam Al-Dausi (Abu Hurairah)”.
PENJELASAN HADITH
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. ini adalah menceritakan tentang perihal membaca secara jelas dan terang ataupun membaca dengan kuat didalam solat ‘isya’ sehingga dapat didengar secara jelas oleh ma’mum.
Didalam hadith ini ada menyebut bahawa Abu Hurairah r.a. bersembahyang ‘atamah ( ‘isya’) dengan membaca إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ lalu beliau pun sujud sajadah.Ini bermakna bahawa sekiranya beliau tidak membaca dengan kuat dan jelas nescaya Abi Rafi’ tidak akan dapat mendengar dengan jelas apakah yang dibaca oleh Abu Hurairah r.a. sedangkan Abi Rafi’ menyatakan bahawa beliau bersembahyang dibelakang Abu Hurairah r.a. dan Abu Hurairah r.a. membaca ayat tersebut.
Di dalam menjelaskan hadith ini ataupun tentang sujud sajadah ketika membaca ayat tersebut, ada beberapa pandangan ‘ulama’ mengenainya.iaitu :-
Imam Malik mengatakan bahawa di dalam surah ini tidak ada sujud sajadah kerana beliau berpandangan bahawa hadith ini tidak marfu’ sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Al-Munir.
Akan tetapi pandangan Imam Malik ini ditolak oleh Imam Badr Al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad Al-‘Aini( pengarang kitab ‘Umdah Al-Qari ) bahawa hadith ini adalah marfu’ sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan oleh Abi Al-Asy’ath daripada Mu’tamar dengan sanad yang sama yang telah dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah, begitu juga telah dikeluarkan oleh Al-Jauzaqi melalui jalan Yazid bin Harun daripada Sulaiman Al-Taimiy. Beliau juga berkata bahawa hadith yang dikatakan marfu’ ini telah dapat menjadi hujjah kepada Imam Malik tentang adanya sujud sajadah di dalam surah Al-Insyiqaq sama ada ianya dibaca didalam solat fardu , sunat , di dalam sembahyang atupun diluar sembahyang.
Akan tetapi mereka berselisih tentang samada ianya sunat ataupun wajib , begitu juga tentang ayat manakah terletaknya sajadah itu, dan ada yang mengatakan bahawa sajadah itu terletak di ayat ……………………………………….., dan ada juga yang mengatkan ianya terletak di akhir surah .
PENGAJARAN HADITH
1. Sesungguhnya dibolehkan menamakan ‘isya’ itu dengan ‘atamah.
2. Pastilah dan tetaplah bahawa bacaan di dalam solat ‘isya’ itu adalah secara jelas dan terang serta kuat sehingga boleh didengari oleh ma’mum.
3. Sesungguhnya di dalam surah Al-Insyiqaq ada sujud sajadah.
4. RasululLah s.a.w. ada banyak gelaran dan juga panggilan iaitu antaranya ialah Abu Al-Qasim.
[1] Sahih Muslim , kitab Al-Masajid Wa Mawadhi' Al-Solah, no.904,905,906,907,908.
Sunan Tirmizi , kitab Al-Jumu'ah, no.523
Sunan Al-Nasai' , Kitab Al-Iftitah, no.952,953,954,955,956,957,958.
Sunan Abi Daud ,Kitab Al-Solat, no.1198,1199.
Sunan Ibnu Majah , Kitab Iqomat Al-Solat Wa Al-Sunnah Fiha, no.1048,1049.
Musnad Ahmad, Baqi Musnad Al-Mukathirin, no.6843,7067,7089,7447,7980,9234,9427,9454,9482,9499,9535,9559,9637,9923,10425
Muwatta' Malik, Al-Nida' Li Al-Solat, no. 924.
Sunan Al-Darimi, Kitab Al-Solat,no. 1432,1433,1434,1345.
[2] Tah zib Al-Tahzib , Ibn Hajar AL-Asqolani, juzu’ 5 , m/s 479
No comments:
Post a Comment