Methodologi beliau dalam penyusunan kitabnya Jami' al-Usul Fi Ahadith al-Rasul.
Dan sesungguhnya kitab yang tersedia ini ataupun kitab Jami’ Al-Ushul Fi Ahadith Al-Rasul ini merupakan salah sebuah kitab yang besar dan tidak kurang peripentingnya yang telah disusun oleh Al-Imam Abi Al-Sa’adaat Majid Al-Din Al-Mubarak bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Abd Al-Karim bin ‘Abd Al-Wahid Al-Syaibani Al-Jazri , kemudian Al-Maushili yang terkenal jolokan Ibn Al-Athir dan merupakan daripada tokoh kurun keenam hijrah.
Sesungguhnya pengarang kitab ini telah berpegang kepada hadith-hadith yang telah dihafaz dan juga diterima oleh al-ushul al-sittah ( kitab-kitab utama yang enam dalam bidang hadith ) yang telah dipegang ataupun dijadikannya sebagai rujukan utama oleh ‘ulama’-‘ulama’ feqah ataupun fuqoha’ dan juga ‘ulama’ hadith iaitulah :-
- Al-Muwatta’ oleh Imam Malik
- Jami’ Al-Sahih oleh Imam Al-Bukari
- Jami’ Al-Sahih oleh Imam Muslim
- Sunan Imam Abi Daud
- Sunan Imam Al-Tarmizi
- Sunan Imam Al-Nasai
Yang mana kesemua daripada hadith-hadith yang tersebut merupakan hadith –hadith yang kebanyakkannya adalah yang nyata datangnya daripada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Maka beliau ini menghimpunkannya dan mencantumkannya didalam satu susunan ataupun karya yang satu iaitu selepas beliau memberikan susunan-susunan yang tertentu , menyaring , memudahkan apa-apa yang sukar pada hadith , menghampirkan kepada memberi manfa’at (kepada pembaca) dan beliau juga telah membuka dan memberikan kata-kata aluan beliau didalam pendahuluan kitab beliau ini(Jami’ Al-Ushul Fi Ahadith Al-Rasul ) dalam bentuk pendahuluan yang mengalu-alukan kepada tetamu ataupun pembaca kitab ini yang mana beliau memberikan penjelasan didalamnya berkenaan methodologi yang digunakan oleh beliau dalam penghasilan dan penyusunan kitab beliau ini. Dan kemudian beliau menyebutkan pula berkenaan kaedah-kaedah Musthalah Al-Hadith yang amat perlu kita mengetahuinya dan akan berhajat kepadanya didalam memberikan pemahaman yang mendalam berkenaan kitab beliau ini dan kemudian beliau menghabiskan/mengakhirkan kata-kata pendahuluan beliau dengan menjelaskan serba sedikit tentang Imam yang enam yang terkenal dengan karya mereka.
Sesungguhnya pengarang kitab ini telah menyebut di dalam muqaddimahnya bahawa perkara pertama yang dilakukan olehnya ialah membuang sanad-sanad hadith. Maka beliau tidak akan meletakkan satu nama pun pada hadith tersebut kecuali nama sahabat yang meriwayatkan hadith daripada Nabi Muhammad s.a.w. itupun sekiranya ianya adalah khabar ataupun nama seorang perawi yang meriwayatkan hadith daripada sahabat sekiranya ia adalah athar .Beliau mendatangkan nama perawi di dalam hadith tersebut adalah untuk memberikan kemudahan sekiranya berhajat kepadanya dan beliau menyebutnya adalah sebagai sandaran dalam memahami makna yang disebut didalam hadith berdasarkan nama perawi tersebut.
Adapun berkenaan matan (teks hadith), beliau akan meletakkan ataupun menetapkan sebagaimana asalnya selama mana diyakini bahawa ianya adalah betul-betul daripada RasululLah s.a.w. ataupun athar daripada sahabat Baginda , begitu juga apa-apa yang didapati daripada kata-kata tabi’in dan imam-imam mujtahid yang terdapat didalam kitab ushul yang mereka rakamkan didalamnya, dan beliau tidak menyebutkan yang demikian itu melainkan sedikit sahaja (kadang-kadang).
Beliau juga berpegang didalam penukilan beliau daripada dua buah kitab Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitulah “ Al-Jam’u Baina Al-Sahihaini” yang disusun oleh Imam Abi ‘Abdillah Al-Humaidi. Beliau menyebutkan bahawa sesungguhnya Imam Al-Humaidi ini bagus didalam menyebutkan sanad-sanad hadith ataupun thuruq dan beliau juga membuat bancian ataupun kajian di dalam mendatangkan riwayat-riwayatnya dan sesungguhnya kepada beliaulah berakhirnya himpunan antara dua buah kitab sahih tersebut.
Dan adapun berkenaan kitab ushul yang empat iaitu selain daripada kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim ataupun baki daripada sunan sittah , maka sesungguhnya beliau akan mengambil ataupun menukilkan hanya hadith-hadith yang beliau pernah bacanya dan juga pernah mendengarnya sebagaimana beliau berpegang bahawa beliau akan membuang ataupun menasakhkan mana-mana hadith yang beliau tidak pernah mendengar dan tidak pernah diperdengarkan kepada beliau.
Sesungguhnya beliau akan memberikan penekanan terhadap penjagaan lafaz-lafaz hadith yang terbit daripada Imam Bukhari dan juga Imam Muslim lebih banyak daripada yang selain daripada keduanya ataupun daripada baki imam yang empat kerana beliau merasakan bahawa kemungkinan apa-apa yang terdapat pada selain daripada Bukhari dan Muslim ada sedikit pertambahan atau keterangan dan penjelasan. Beliau akan menyebutkan mana-mana lafaz yang bukan daripada Bukhari dan Muslim setelah mana beliau membuat penelitian berkenaan tambahan-tambahan daripada kesemua kitab-kitab utama tersebut dan beliau akan menggunakan tambahan tersebut hanya pada tempat-tempatnya.
Sesungguhnya beliau ini menggunakan jalan lain dan menyimpang daripada jalan-jalan yang digunakan oleh pengarang ushul sittah didalam penentuan tertib dan juga pengkelasan bab-bab, kerana setiap seorang daripada pengarang tersebut akan menyebutkan hadith-hadith di dalam bab-bab yang terdapat didalam kitab masing-masing.Akan tetapi beliau ini akan menyebutkan dengan cara selain daripada mereka didalam bab-bab yang juga bukan sepertimana mereka susun. Beliau ini berpegang kepada hadith-hadithyang terkandung didalam kitab-kitab ushul tersebut dan kemudian beliau akan mengambil I’tibar daripadanya, mengkaji dan meneliti serta mengeluarkan makna-maknanya dan kemudian beliau membina bab-bab berdasarkan makna-makna yang terdapat atau yang difahami daripada hadith-hadith tersebut.
Dan setiap hadith itu disusun mengikut kandungan yang mendominasi makna hadith tersebut dan beliau akan meletakkannya di dalam bab yang khusus untuknya. Dan sekiranya hadith-hadith tersebut mengandungi lebih daripada satu makna maka beliau tidak akan meletakkannya melainkan berdasarkan pengkhususan yang ada pada hadith tersebut dan apa yang mendominasinya lalu beliau akan meletakkannya di dalam bab-bab yang sesuai dengan pengkhususan makna yang mendominasinya. Dan sekiranya hadith tersebut mengandungi lebih daripada satu makna dan tidak ada satu makna pun yang mendominasi pengertian makna hadith tersebut , maka beliau akan meletakkannya di akhir kitab iaitu di Al-Lawahiq.
Kemudian beliau akan mengeluarkan nama-nama bagi kitab yang terpampang di dalam kitab beliau ( Jami’ Al-Ushul ) dan beliau menjadikannya berdasarkan susunan huruf mu’jam yang berperanan untuk memudahkan sekalian pelajar? Penuntut dan menghampiri kepada apa yang dikehendaki sehinggalah ke akhirnya sebagaimana yang akan dilihat oleh pembaca yang mulia secara terperinci di dalam Muqaddimahnya.
Dan sesungguhnya beliau akan meletakkan apa-apa yang beliau dapati dalam kitab-kitab Al-Gharib, Bahasa dan Feqah daripada makna yang baik ataupun isi penting yang pelik atau syarahan secara lengkap di akhir setiap huruf mengikut susunan kitab selepas melakukan penelitian terhadap apa-apa yang beliau pindahkan dan sekiranya beliau tidak mendapati apa-apa yang padanya- ia adalah dalam jumlah yang sedikit- maka sesungguhnya beliau akan menyebutnya juga padanya tetapi selepas bertanya kepada orang yang berautoriti dalam ‘ilmu tersebut.
Dan dengan yang demikian maka tidak syak lagi bahawa sesungguhnya beliau telah menyediakan karya penyusunan beliau ini iaiti kitab yang besar kepada Islam dan umatnya mengikut kemampuan yang ada pada beliau dan sesiapa yang menganuti agama Islam di atas muka bumi ini patutlah sentiasa mensyukuri hasil kerja beliau ini dan mengikut jalan-jalan orang yangberiman , moga-moga Allah mengganjari beliau dan juga golongan salaf serta khalaf dan juga sesiapa yang mengikuti jalan mereka di dalam memberikan khidmat di dalam agama Islam ini dengan sebaik-sebaik ganjaran.
No comments:
Post a Comment