BIOGRAFI [1]
Ø Beliau adalah seorang imam yang mahir dan pakar iaitu Majid Al-Din Abu Al-Sa’adaat Al- Mubarak bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Abd Al-Karim Ibn ‘Abd Al-Wahid Al-Syaibani Al-Jazri kemudian Al-Maushili dan terkenal dengan Ibn Al-Athir.
Ø Beliau lahir pada salah satu daripada dua Rabi’ ( Rabi’ Al-Awal atau Rabi’ Al-Akhir) tahun 544 hijrah di Jazirah Ibn ‘Umar – dan sebagaimana yang dikatakan oleh Yaqut Al-Hamawi yang hidup sezaman dengannya – iaitulah sebuah bandar yang berada di sebelah atas Al-Maushil, diantara kedua-duanya adalah tiga hari ( perjalanan), Beliau hidup di sana dan menemui serta mempelajari daripada ‘ulama’-‘ulama’ tentang ‘ilmu-‘ilmu pengetahuan yang utama iaitulah ; tafsir, hadith, nahu, bahasa dan feqah. Kemudian beliau berpindah pada tahun 565 hijrah ke Al-Maushil, dan disinilah ‘ilmu pengetahuan beliau semakin masak dan thaqafahnya semakin bertambah. Beliau menetap di sini sehingga beliau meninggal.
Ø Dalam bidang hadith, beliau juga ada meriwayatkan kitab-kitab ( sunan Sittah ) lalu beliau ini mengambil hadith tersebut dengan sanad daripada[2] :-
§ “ Sahih Al-Bukhari “ :-
ü daripada Ibn Saraya daripada Abi Al-Waqt.
§ “ Sahih Muslim” :-
ü daripada Abi Yasir bin Abi Hubbah
ü daripada Isma’il Ibn Al-Samarqandi
ü daripada Al-Tunkuti
ü daripada Abi Al-Husain ‘Abd Al-Ghafir.
ü Kemudian daripada Ibn Sukainah secara ijazah daripada Al-Farawiyy
§ “ Al-Muwatta’” :-
ü daripada Ibn Sa’dun
ü Telah berkata kepada kami Ibn ‘Attab daripada Ibn Mughith
§ “ Sunan Abi Daud dan Al-Tirmizi “ :-
ü melalui pendengarannya daripada Ibn Sukainah
§ “ Sunan Al-Nasai” :_
ü telah mengkhabarkan kepada kami Ya’ish bin Sodaqah daripada Ibn Mahmawiyah.
Imam Al-Zahabi mengatakan bahawa[3] :-..
Yang meriwayatkan daripada beliau adalah anaknya, Syihab Al-Qushiyy, Imam Taj Al-Din ‘Abd Al-Muhsin bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hamidh syeikh Al-Bajarbaqi dan ramai lagi dan yang terakhir yang meriwayatkan daripada beliau secara ijazah adalah Fakh Al-Din Ibn Al-Bukhari.[4]
Berkata Ibn Al-Sya’ar :-
“ Beliau ( Ibn Al-Athir) adalah penulis bagi kerajaan pemilik Maushul iaitu Nur Al-Din Arsalan Syah bin Mas’ud bin Maudud, beliau juga seorang jurukira, penulis, cerdik sehingga beliau (Ibn Al-Sya’ar) mengatakan : beliau ( Ibn Athir) diantara karya beliau ialah kitab “ Al-Furuq fi Al-Abniyah “, kitab “ Al-Azawa’ Wa Al-Zawat “ , kitab “ Al-Mukhtar Fi Manaqib Al-Akhyar, dan “ Syarh Gharib Al-Tiwal”.( Ibn Al-Sya’ar) juga mengatakan bahawa beliau (Ibn Al-Athir) adalah merupakan manusia yang paling bakhil. Akan tetapi Al-Zahabi mengatakan bahawa “ Barangsiapa yang terhenti untuk Allah maka bukanlah dia itu seorang yang bakhil , Beliau juga bukanlah seorang bakhil juga bukan pemurah bahkan beliau seorang yang empunya ekonomi, moga –moga dirahmati oleh Allah !
Beliau meninggal setelah hidup selama 63 tahun iaitu pada tahun yang 606 H di Maushul[5]
Ø Beliau membaca ( menuntut) sastera daripada Nashi Al-Din Abi Muhammad Sa’id bin Al-Mubarak bin Al-Duhhan Al-Baghdadi, Abi Bakr Yahya bin Sa’dawan Al-Qurtubi dan Abi Al-Hazm Makki bin Al-Rayyan bin Suybbah Al-Nahwi Al-Dhorir. Beliau mendengar hadith di Al-Maushil daripada Al-Jamaah , diantara mereka ialah Khotib Al-Maushil Abu Al-Fadl ‘AbdulLah bin Ahmad bin Muhammad Al-thusi dan kemudian beliau mengunjungi Baghdad untuk membuat ‘ibadah haji dan dalam masa yang sama beliau mendengar hadith daripada Abi Al-Qasim Shohib ibn Al-Kholli, ‘Abd Al-Wahhab bin Sukainah dan kemudian beliau kembali semula ke Al-Maushil dan meriwayatkan hadith di sana serta memperdengarkan hadith dan ramai orang mengambil manfa’at daripada beliau.
Beliau disifatkan oleh pengkaji sejarah bahawa beliau adalah seorang yang hidup di zaman yang baik, yang mempunyai pendirian agama yang kukuh , mengambil jalan yang tetap dan lurus, seorang yang ‘arif , fadhil, wara’, seorang penghulu, yang ta’at, sebagai ketua, suka mengamalkan syura dan mempunyai kebaikan dan ihsan.Sesungguhnya beliau telah menghimpunkan di antara ‘ilmu yang ke‘araban, Al-Quran , Al-Nahwu, bahasa, hadith dan feqah, beliau juga telah mengarang hasil karangan-karangan yang banyak dan termasyhur dan telah menyusun kitab-kitab yang berfaedah.
‘iLMU PENGETAHUAN DAN THAQAFAH BELIAU[6].
Beliau telah berkata berkenaan perihal dirinya di dalam Muqaddimah kitabnya “ Jami’ Al-Ushul Fi Ahadith Al-Rashul “:-
“ Aku sentiasa semenjak usia mudaku dan peningkatan ‘umurku dengan menyibukkan diriku dalam menuntut ‘ilmu dan menghadiri serta bergaul dengan ahlinya, dan cuba untuk meniru mereka sedaya yang boleh, yang demikian itu adalah daripada kurniaan Allah keatasku dan kelembutanNya untukku supaya aku menyukainya (‘ilmu), maka aku berusaha dengan pengorbanan yang luas dalam menghasilkan sesuatu yang telah aku dikurniakan dengannya(‘ilmu) daripada segenap aspeknya sehingga jadilah padaku kekuatan dalam menyingkap rahsia-rahsianya dan mengetahui nya…………………………………………”
Yaqut telah berkata :-
“ Beliau adalah seorang yang ‘alim, fadhil, sayyid, kamil, sesungguhnya telah terhimpun padanya ‘ilmu ‘arab, Al-Quran, Al-Nahw, bahasa, Hadith termasuk syeikh-syeikhnya serta yang sahih dan yang saqim ( lemah), feqah, dan beliau bermazhab syafi’e.”
Di dalam Al-Syazraat :
Ibnu Khalkan telah berkata : “ Beliau adalah seorang yang faqih, muhaddith , sasterawan, ahli nahwu, ‘alim dalam kira-kira dan pembuatan ,wara’ , pintar , mempunyai kehebatan dan mempunyai kebaikan dan ihsan.”
Maka dengan ini tidak ada satu pun yang tertinggal pada Abu Al-Sa’adaat tentang mana-mana bab ‘ilmu, dan tidak ada satu tingkap pun daripada tingkap-tingkap thaqafah kecuali dia telah melebihinya sehingga telah lengkaplah keperibadian beliau dari aspek ke’ilmuan yang ranum dan telah terkaya di setiap sudutnya dan melimpah ruah hasilnya.
[1] Al-Imam Majid Al-Din Abi Al-Sa’adat Al- Mubarak Bin Muhammad : Ibn Al-Athir ( 544-606 H) ,Jami’ Al-ushul Fi Ahadith Al-Rasul , Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Qadir Al-Arnaut, Jld 1.
[2] Al-Imam Syams Al-Din Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman Al-Zahabi ( 748 H- 1374 M), Siyar A’lam An-Nubala’ , Juzu’ 21, m/s 489, Muassasah Al-Risalah.
[3] Al-Imam Syams Al-Din Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman Al-Zahabi ( 748 H- 1374 M), Siyar A’lam An-Nubala’ , Juzu’ 21, m/s 490, Muassasah Al-Risalah.
[4] Ibn Al-Bukhari meninggal pada tahun 690 dan masyikhahnya amat terkenal.
[5] Al-Imam Syams Al-Din Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman Al-Zahabi ( 748 H- 1374 M), Siyar A’lam An-Nubala’ , Juzu’ 21, m/s 491, Muassasah Al-Risalah
[6] Al-Imam Majid Al-Din Abi Al-Sa’adat Al- Mubarak Bin Muhammad : Ibn Al-Athir ( 544-606 H) , Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith W a Al-Athar, Di tahqiqi oleh Tohir Ahmad Al-Zawi dan Mahmud Muhammad Al-Tonahi, Juzu’ Satu , m/s 12, Al-Maktabah Al-Islamiyah.
No comments:
Post a Comment