SILA KLIK DI SINI

Friday, December 24, 2010

Di antara ciri-ciri berlaku Hari Kiamat


Di antara ciri-ciri berlaku Hari Kiamat ialah:-

  1. Ramainya  orang-orang yang jahat sepertimana sabdaan RasuluLlah s.a.w. :-

حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ يَعْنِي ابْنَ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْأَقْمَرِ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا عَلَى شِرَارِ النَّاس

            Maknanya :-

Nabi s.a.w. telah bersabda “ Tidak akan berlaku al-Sa’ah ( hari qiamat) melainkan ke atas manusia-manusia yang jahat”

  1. Tiadanya ucapan kalimah Allah di atas muka bumi sepertimana sabdaan RasuluLlah s.a.w. :-

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا ثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ  

            Maknanya :-
      
Nabi s.a.w. bersabda “ Tidak akan berlaku al-Sa’ah ( hari Qiamat ) sehinggalah tidak lagi diperkatakan di bumi kalimah Allah Allah “

  1. Hari Qiamat ialah pada hari Jum’ah

1411 و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا الْمُغِيرَةُ يَعْنِي الْحِزَامِيَّ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنِ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ *

            Maknanya :-

Nabi s.a.w. bersabda “ Sebaik-baik hari untuk matahari terbit ialah hari Jum’ah kerana padanyalah diciptakan Adam a.s. dan baginda a.s. dimasukkan ke dalam syurga. Dan padanya jugalah baginda a.s.  dikeluarkan daripadanya dan tidak akan berlaku al-Sa’ah ( hari Qiamat) melainkan pada hari Jum’ah.


Akan tetapi, pada hakikatnya hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui tentang masa berlakunya hari Qiamat. Ini kerana, hari tersebut merupakan satu daripada perkara-perkara ghaib yang tidak akan dapat diketahui oleh seorang pun walaupun RasuluLlah s.a.w. sendiri sebagaimana sabdaan RasuluLlah s.a.w. :-

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ حَدَّثَنِي عَبْدُاللَّهِ بْنُ دِينَارٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِي اللَّه عَنْهمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَفَاتِيحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي الْمَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ وَلَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ

            Maknanya :-

Nabi s.a.w. bersabda “ Kunci-kunci perkara ghaib itu ada lima, ianya tidak dapat diketahui melainkan Allah sahaja ; iaitu tidak diketahui apakah yang dikandung oleh rahim ibu  melainkan Allah, tidak diketahui apakah yang ada pada hari esok melainkan Allah, tidak diketahui bilakah akan turun hujan melainkan Allah, tidak diketahui oleh seseorang itu tentang dibumi manakah dia akan mati melainkan Allah  dan tidak diketahui bilakah berlakunya al-Sa’ah ( hari Qiamat) itu melainkan Allah .

No comments:

Post a Comment