SILA KLIK DI SINI

Friday, December 24, 2010

Bab Membaca (Dengan) Jelas Di Dalam (Solat) ‘Isya’.

بَاب الْجَهْرِ فِي الْعِشَاءِ *
Bab Membaca (Dengan) Jelas Di Dalam (Solat) ‘Isya’.


(1) حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ بَكْرٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ الْعَتَمَةَ فَقَرَأَ إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ فَسَجَدَ فَقُلْتُ لَهُ قَالَ سَجَدْتُ خَلْفَ أَبِي الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا أَزَالُ أَسْجُدُ بِهَا حَتَّى أَلْقَاهُ [1]
Maksudnya :

Telah berkata kepada kami Abu Al-Nu’man : telah berkata :telah berkata kepada kami Mu’tamir  daripada bapanya daripada Bakr daripada Abi Rafi’ :telah berkata : (( Aku telah bersembahyang bersama Abi Hurairah ‘Atamah (‘isya’) lalu dia (  Abu Hurairah) membaca : ((  إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ   )) lalu dia pun sujud, maka aku pun berkata ( bertanya ) tentang hal tersebut ; lalu dia pun berkata : Aku telah sujud di belakang Abi Al-Qasim ( RasulululLah s.a.w.) maka aku akan sentiasa sujud sehinggalah aku menemuinya)).

PERAWI SAHABAT[2]

Didalam hadith ini sahabat yang meriwayatkannya ialah Abu Hurairah r.a.
           
            Abu Hurairah Al-Dausi Al-Yamani adalah sahabat RasululLah s.a.w. Beliau adalah seorang sahabat Baginda yang hafidz. Ada berlaku perselisihan berkenaan nama beliau , begitu juga dengan nama bapa beliau.

            Ada yang mengatakan bahawa nama beliau adalah ‘Abd Al-Rahman bin Sokhor, Ibn Ghonam, ‘Abd Allah  ibn ‘Amir , Ibnu ‘Amru dan banyak lagi. Berkata Hisyam Al-Kalbi  : Namanya adalah ‘Umair bin ‘Amir bin Zi Al-Syarriy bin Torif bin ‘Ayyan bin Abi So’ib bin Hanid bin Sa’ad bin Tha’labah  ibn Sulaim bin Fahm bin Ghonam bin Daus. Dikatakan juga bahawa nama beliau pada Zaman Jahiliah adalah ‘Abd Syams dan gelarannya adalah Abu Al-Aswad .Beliau dinamakan oleh Rasulullah S.A.W. dan diberi gelaran oleh Baginda ‘ Abu Hurairah” disebabkan beliau membawa anak –anak kucing . Dan dikatakan bahawa ibunya bernama Maimunah bint Sokhor.


PERIWAYATAN :

            Beliau adalah seorang sahabat Baginda yang banyak menghafadz dan mengambil hadith . Beliau mengambil hadith daripada RasululLah s.a.w. , Abu Bakr , ‘Umar , Al-Fadl bin ‘Abbas bin ‘Abd Al-Muttolib, Ubai bin Ka’ab , Usamah bin Zaid dan ramai lagi.

            Berkata Imam Bukhari : Diriwayatkan daripada Beliau ( Abu Hurairah ) oleh lebih kurang 800 perawi atau lebih yang terdiri daripada Ahl Al-‘Ilm daripada para sahabat , tabi’in dan sebagainya.


Berkata ‘Amru bin ‘Ali : Adalah permulaannya dan keislaman beliau adalah pada tahun Khaibar dan Khaibar adalah pada bulan Muharram, tahun yang ketujuh hijriyyah. Beliau adalah antara tanda-tanda kenabian  kerana sesungguhnya Abu Hurairah adalah yang paling hafadz tentang hadith berbanding mereka yang hidup sezaman dengannya, dan tidak ada satu hadith yang datang daripada seorang sahabat pun melainkan ianya ada disisi Abu Hurairah r.a.

Berkata  Ibn ‘Uyainah daripada Hisyam bin ‘Urwah : “ Abu Hurairah dan ‘Aisyah meninggal pada tahun 59 hijrah”.
Berkata Dhomroh bin Rabi’ah dan Al-Hatham bin ‘Adi dan Abu Ma’syar :” pada tahun 58 hijrah”.
Berkata pula Al-Waqidi dan Abu ‘Ubaid dan lainnya :” pada tahun 57 hijrah”. Dan Al-Waqidi menambah dengan mengatakan bahawa : “dalam usia 78 tahun “.


Abu Hurairah r.a. sempat menyembahyangkan keatas ‘Aisyah dalam bulan Ramadhan, tahun yang ke-58 hijrah dan keatas Umm Salmah pada bulan Syawal, tahun yang ke-59 hijrah dan kemudian daripada yang tersebut beliau pun meninggal dunia dalam tahun yang sama (59 hijrah ).

Berkata Ibnu Hajar AL-‘Asqolani : “ Ini adalah diantara kesilapan Al-Waqidi yang jelas. Sesungguhnya Umm Salmah adalah masih hidup sehingga tahun yang ke-61 hijrah , sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam Muslim di dalam turjumahnya . Dan yang paling zahir dan jelas adalah sesungguhnya yang disembahyangkan oleh Abu Hurairah keatasnya adalah dan meninggal bersamanya dalam tahun yang sama adalah ‘Aisyah sebagaimana yang dikatakan oleh Hisyam bin ‘Urwah bahawa kedua-duanya meninggal pada tahun yang sama.

KELEBIHANNYA :


            Dan diantara kelebihan yang ada pada Abu Hurairah adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Nasai di dalam sunannya  : -

“ Sesungguhnya seorang lelaki telah mendatangi Zaid bin Thabit dan bertanyakan kepadanya tentang sesuatu, maka berkata Zaid kepadanya : ‘ pergilah kepada Abu Hurairah , kerana sesungguhnya ketikamana aku bersama Abu Hurairah dan seorang fulan berada dalam masjid pada satu hari, kami berdo’a dan menyebut do’a tersebut lalu datang RasululLah s.a.w.  ke arah kami dan kami pun senyap .Maka berkata Rasulullah S.A.W. : “ Buatlah sebagaimana yang kamu sedang buat “.Dan berkata Zaid :” Maka kami pun berdo’a , begitu juga sahabatku sebelum Abu Huraurah. Dan RasululLah s.a.w. pun meng-amin-kan do’a kami”. Kemudian tatkala Abu Hurairah berkata  :” Ya, Allah ,Sesungguhnya aku meminta kepadamu apa-apa yang yang diminta oleh sahabatku, dan aku meminta kepadamu ‘ilmu yang tidak akan lupa”:. Maka RasululLah s.a.w. pun mengatakan :” Telah mendahului kamu semua dengannya oleh Al-Ghulam Al-Dausi (Abu Hurairah)”.

PENJELASAN HADITH

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. ini adalah menceritakan tentang perihal membaca secara jelas dan terang ataupun membaca dengan kuat  didalam solat ‘isya’  sehingga dapat didengar secara jelas oleh ma’mum.

Didalam hadith ini ada menyebut bahawa Abu Hurairah r.a. bersembahyang ‘atamah ( ‘isya’) dengan membaca  إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ   lalu beliau pun sujud sajadah.Ini bermakna bahawa sekiranya beliau tidak membaca dengan kuat dan jelas nescaya Abi Rafi’ tidak akan dapat mendengar dengan jelas apakah  yang dibaca oleh Abu Hurairah r.a. sedangkan Abi Rafi’ menyatakan bahawa beliau bersembahyang dibelakang Abu Hurairah r.a. dan Abu Hurairah r.a. membaca ayat tersebut.

Di dalam menjelaskan hadith ini ataupun tentang sujud sajadah ketika membaca ayat tersebut, ada beberapa pandangan ‘ulama’ mengenainya.iaitu :-

Imam Malik mengatakan bahawa di dalam surah ini tidak ada sujud sajadah kerana beliau berpandangan bahawa hadith ini tidak marfu’ sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Al-Munir.

Akan tetapi pandangan Imam Malik ini ditolak oleh Imam Badr Al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad Al-‘Aini( pengarang kitab ‘Umdah Al-Qari ) bahawa hadith ini adalah marfu’ sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan oleh Abi Al-Asy’ath daripada Mu’tamar dengan sanad yang sama yang telah dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah, begitu juga telah dikeluarkan oleh Al-Jauzaqi  melalui jalan Yazid bin Harun daripada Sulaiman Al-Taimiy. Beliau juga berkata bahawa hadith yang dikatakan marfu’ ini telah dapat menjadi hujjah kepada Imam Malik tentang adanya sujud sajadah di dalam surah Al-Insyiqaq sama ada ianya dibaca didalam solat fardu , sunat , di dalam sembahyang atupun diluar sembahyang.

Akan tetapi mereka berselisih tentang samada ianya sunat ataupun wajib , begitu juga tentang ayat manakah  terletaknya sajadah itu, dan ada yang mengatakan bahawa sajadah itu terletak di ayat ……………………………………….., dan ada juga yang mengatkan ianya terletak di akhir surah .




PENGAJARAN HADITH

1.      Sesungguhnya dibolehkan menamakan ‘isya’  itu dengan ‘atamah.

2.      Pastilah dan tetaplah bahawa bacaan di dalam solat ‘isya’ itu adalah secara jelas  dan terang serta kuat sehingga boleh didengari oleh ma’mum.

3.      Sesungguhnya di dalam surah Al-Insyiqaq ada sujud sajadah.

4.      RasululLah s.a.w. ada banyak gelaran dan juga panggilan  iaitu antaranya ialah Abu Al-Qasim.



[1] Sahih Muslim , kitab Al-Masajid Wa Mawadhi' Al-Solah, no.904,905,906,907,908.
Sunan Tirmizi , kitab Al-Jumu'ah, no.523
Sunan Al-Nasai' , Kitab Al-Iftitah, no.952,953,954,955,956,957,958.
Sunan Abi Daud ,Kitab Al-Solat, no.1198,1199.
Sunan Ibnu Majah , Kitab Iqomat Al-Solat Wa Al-Sunnah Fiha, no.1048,1049.
Musnad Ahmad, Baqi Musnad Al-Mukathirin, no.6843,7067,7089,7447,7980,9234,9427,9454,9482,9499,9535,9559,9637,9923,10425
Muwatta' Malik, Al-Nida' Li Al-Solat, no. 924.
Sunan Al-Darimi, Kitab Al-Solat,no. 1432,1433,1434,1345.

[2] Tah zib Al-Tahzib , Ibn Hajar AL-Asqolani, juzu’ 5 , m/s  479

Di antara ciri-ciri berlaku Hari Kiamat


Di antara ciri-ciri berlaku Hari Kiamat ialah:-

  1. Ramainya  orang-orang yang jahat sepertimana sabdaan RasuluLlah s.a.w. :-

حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ يَعْنِي ابْنَ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْأَقْمَرِ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا عَلَى شِرَارِ النَّاس

            Maknanya :-

Nabi s.a.w. telah bersabda “ Tidak akan berlaku al-Sa’ah ( hari qiamat) melainkan ke atas manusia-manusia yang jahat”

  1. Tiadanya ucapan kalimah Allah di atas muka bumi sepertimana sabdaan RasuluLlah s.a.w. :-

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا ثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ  

            Maknanya :-
      
Nabi s.a.w. bersabda “ Tidak akan berlaku al-Sa’ah ( hari Qiamat ) sehinggalah tidak lagi diperkatakan di bumi kalimah Allah Allah “

  1. Hari Qiamat ialah pada hari Jum’ah

1411 و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا الْمُغِيرَةُ يَعْنِي الْحِزَامِيَّ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنِ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ *

            Maknanya :-

Nabi s.a.w. bersabda “ Sebaik-baik hari untuk matahari terbit ialah hari Jum’ah kerana padanyalah diciptakan Adam a.s. dan baginda a.s. dimasukkan ke dalam syurga. Dan padanya jugalah baginda a.s.  dikeluarkan daripadanya dan tidak akan berlaku al-Sa’ah ( hari Qiamat) melainkan pada hari Jum’ah.


Akan tetapi, pada hakikatnya hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui tentang masa berlakunya hari Qiamat. Ini kerana, hari tersebut merupakan satu daripada perkara-perkara ghaib yang tidak akan dapat diketahui oleh seorang pun walaupun RasuluLlah s.a.w. sendiri sebagaimana sabdaan RasuluLlah s.a.w. :-

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ حَدَّثَنِي عَبْدُاللَّهِ بْنُ دِينَارٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِي اللَّه عَنْهمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَفَاتِيحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي الْمَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ وَلَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ

            Maknanya :-

Nabi s.a.w. bersabda “ Kunci-kunci perkara ghaib itu ada lima, ianya tidak dapat diketahui melainkan Allah sahaja ; iaitu tidak diketahui apakah yang dikandung oleh rahim ibu  melainkan Allah, tidak diketahui apakah yang ada pada hari esok melainkan Allah, tidak diketahui bilakah akan turun hujan melainkan Allah, tidak diketahui oleh seseorang itu tentang dibumi manakah dia akan mati melainkan Allah  dan tidak diketahui bilakah berlakunya al-Sa’ah ( hari Qiamat) itu melainkan Allah .

Pengenalan Ringkas Kitab Jami' al-Usul


PENGENALAN RINGKAS TENTANG KITAB INI[1].

Adapun sesungguhnya kitab ini terbina diatas 3 rukun iaitu :-
  1. Pertama : Berkenaan prinsip-prinsip.
  2. Kedua : Berkenaan isi-isi penting
  3. Ketiga : Berkenaan penutup.

Dan adapun dalam rukun yang pertama , ianya mengandungi 5 bab iaitu :-

  1. Bab pertama : Berkenaan dorongan dalam melakukan penghasilan kitab ini dan didalam bab pertama ini ianya juga mengandungi tentang muqaddimah dan didalamnya juga ada 4 fasal.


ü  Fasal pertama : Iaitu tentang penyebaran dan peluasan ‘ilmu berkenaan hadith Baginda s.a.w. , prinsip pengumpulannya dan cara penyusunannya.
ü  Fasal kedua : Iiatu penjelasan tentang perbezaan matlamat manusia dan arah tujuan mereka di dalam penyusunan hadith .
ü  Fasal ketiga : Iaitu tentang ikutan ‘ulama’-‘ulama’ mutaakhir terhadap ‘ulama’-‘ulama’ yang awal dan sebab –sebab meringkaskan kitab-kitab mereka dan cara penyusunannya.
ü  Fasal keempat ; Iaitu penjelasan tentang kesimpulan dalam matlamat menghimpunkan dan menghasilkan kitab ini.

  1. Bab Kedua : Berkenaan cara penyusunan kitab ini dan di dalamnya ada 6 fasal :-

ü  Fasal pertama : Iaitu  tentang menyebut sanad dan matan.
ü  Fasal kedua : Iaitu penjelasan tentang cara meletakkan bab-bab dan fasal-fasal.
ü  Fasal ketiga : Iaitu penjelasan tentang Al-Taqfiah ( yang berunsur sajak ) dan penetapan kitab-kitab berdasarkan huruf-huruf .
ü  Fasal keempat : Iaitu penjelasan tentang nama-nama perawi dan orang-orang yang bijak pandai.
ü  Fasal kelima : Iaitu penjelasan tentang yang gharib dan syarah.
ü  Fasal keenam : Iaitu penjelasan tentang apa-apa yang dijadikan bukti dengannya keatas hadith-hadith yang tidak diketahui tentang asal-usulnya.

  1. Bab Ketiga  : Iaitu penjelasan tentang Ushul Al-Hadith  , hukumnya dan apa-  apa yang berkaitan dengannya . Dan di dalam bab ini, ia mengandungi 4 fasal iaitu :-

ü  Fasal pertama : Iaiatu penjelasan tentang methodology pemindahan hadith dan periwayatannya  dan didalamnya pula ada 7 cabang :-
Ø  Tentang sifat perawi dan syarat-syaratnya.
Ø  Tentang Musnad perawi dan cara pengambilannya.
Ø  Tentang lafaz yang digunakan oleh perawi dan apa yang dikehendaki olehnya.
Ø  Tentang Musnad dan Isnad.
Ø  Tentang hadith Mursal.
Ø  Tentang hadith Mauquf
Ø  Tentang hadith yang Tawatur dan Ahad.

  1. Iaitu penjelasan tentang Imam yang enamiaitu tentang nama-nama mereka, nasab keturunan mereka, ‘umur mereka, manaqib dan peninggalan mereka.

ü  Imam Malik
ü  Imam Al-Bukhari
ü  Imam Muslim
ü  Imam Abu Daud
ü  Imam Al-Tirmizi
ü  Imam Al-Nasai

  1. Iaitu penjelasan tentang sanad-sanad kitab ushul yang tertera di dalam kitab ini.

Dan dalam rukun yang kedua, ia memuatkan tentang isi-isi kandungan kitab ini yang utama iaitu berkenaan hadith –hadith yang diletakkan diwah tajuk-tajuk kitab dan bab yang tertentu.

Dan dalam rukun yang ketiga pula, ia memuatkan tentang bahagian penutup kitab ini.


[1] Al-Imam Majid Al-Din Abi Al-Sa’adat Al- Mubarak Bin Muhammad : Ibn Al-Athir ( 544-606 H) ,Jami’ Al-ushul Fi Ahadith Al-Rasul , Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Qadir Al-Arnaut, Jld 1, m/s 34-205.

Bentuk-bentuk Naskhah Kitab Jami' al-Usul


BENTUK-BENTUK NASKHAH YANG DIDAPATI[1] :-


1.       Salinan yang pertama adalah dibawah nombor ( 210) hadith. Dan ia adalah satu salinan khazanah yang sempurna dan baik dari segi pemeliharaannya dan bagus, mempunyai kesalahan yang amat sedikit, boleh dipercayai , dan sesungguhnya telah ditetapkan dan diletakkan di hamisynya pembetulan-pembetulan yang menunjukkan bahawa sesungguhnya ia telah dibaca dan dikaji oleh sebahagian ahli’ilmu yang memiliki ke’ilmuan dan kepakaran.

Ia terdapat di dalam jilid yang besar, bilangan kertasnya adalah 870 kertas dalam ukuran yang besar , di dalam setiap muka surat ada sebanyak 33 baris dan dalam setiap baris ada lebih kurang 20 perkataan.dan khat yang digunakan ialah khat nasakh yang boleh dibaca dengan jelas , dan telah dicatatkan diakhir kitab tersebut bahawa sesungguhnya penulisnya iaitu – Adam bim Muhammad bin Muhammad bin Muhsin bin ‘Ali bin Sulaiman –telah memulakan penulisannya pada hari yang keenam daripada bulan Muharram tahun 772 dan telah disempurnakannya pada hari yang ke-26 daripada bulan Muharram juga tahun 774 dan ia merupakan diantara kitab yang telah diwakafkan oleh Wali Al-Haj dan gabenor Syam pada kurun yang ke-12 Hijrah iaitu As’ad Basya Al-‘Azom yang mempunyai istana mewah yang terkenal di Damsyik ke atas sekolah bapanya iaitu Isma’il Basya Al-‘Azom.

2.      Salinan yang kedua :Terdapat hanya  3 jilid daripada keseluruhannya , jilid yang ketiga di bawah nombor (199 ) dan kertasnya sebanyak 262 kertas, beliau memulakan pada kitab yang ke-6 daripada huruf Shod, Shillah Al-Rahm ( hubungan kekeluargaan) dan diakhiri dengan kelebihan-kelebihan Bandar RasuluLlah s.a.w., dan jilid yang keempat di bawah nombor ( 200) kertasnya sebanyak 270 kertas yang dimulakan dengan bab yang ke-9 daripada kitab Al-Fadhail dan diakhiri dengan fasal yang ke-4 yang terdiri daripada hadith-hadith yang terpisah-pisah daripada setiap bahagian, dan jilid yang kelima dibawah nombor ( 201) bilangan kertasnya ialah sebanyak 258 kertas yang dimulakan dengan rukun yang ketiga di dalam bahagian penutup dan diakhiri dengan akhir kitab. Dan kahat yang digunakan di dalam salinan ini adalah khat yang biasa yang mudah untuk dibaca yang telah ditulis oleh Muhammad bin Muhammad bin Faid Al-Hanafi di sekolah Al-‘Adiliyyah pada hari yang ke-21 daripada bulan Syawal tahun 733 H, Dan salinan ini dengan juzuk-juzuknya yang tiga yang berturut-turut menghampiri 3/5 daripada keseluruhan jumlah juzuk kitab.

3.      Salinan yang ketiga : terdapat juga hanya 3 jilid daripada keseluruhan kitab, jilid yang ke-2 dibawah nombor ( 206) dan bilangan kertasnya adalah sebanyak 256 kertas yang dimulai dengan azan dan muazzin dan berakhir dengan kitab Haji, dan jilid yang ke-8 di bawah nombor ( 203) mempunyai bilangan kertas sebanyak 203 kertas yang dimulai dengan kelebihan azan dan berakhir dengan hadith-hadith yang berkaitan dengan tanda-tanda hari Kiamat, dan jilid yang ke-10 di bawah nombor 204 dan bilangan kertasnya sebanyak 204 kertas dimulai dengan bab yang ke-5 daripada mu’jizat Baginda s.a.w. dan diakhiri dengan bab yang kedua dalam menyebut dan mengingati sekumpulan daripada para nabi. Dan khat yang digunakan di dalam ketiga-tiga juzuk ini adalah khat nasakh yang biasa yang mudah dibaca , ia ditulis pada pertengahan kurun ke-8 Hijrah. Dan telah tercatat di dalam jilid yang ke-8  : Ia telah ditulis pada akhir bulan Syawal tahun 745 H di Qudus yang mulia yang ditulis oleh Muhammad bin Salim bin ‘Abd AL-Nasir  Al-Hakim pada hari tersebut, dan salinan ini dari segi kandungannya mengandungi faedah-faedah yang pelbagai daripada perbahasannya mengenai matan , sanad dan makna hadith dan ia telah ditulis dengan tulisan yang merah yang  membezakannya dengan pengarang yang asal dan berkenaan hal ini , ia telah diberikan perharian oleh penulisnya pada muka surat yang terakhir daripada jilid yang ke-8 dan ia boleh dikatakan menghampiri ¼ daripada keseluruhan kitaab.

4.      Salinan yang wujud dan didapati daripadanya hanyalah jilid yang ke-4 dibawah nombor (208) dan bilangan kertasnya adalah sebanyak 223 kertas yang dimulai dengan bab puasa dan diakhiri dengan kitab Al-‘Umuriyy iaitulah bab terakhir daripada huruf ‘ain yang ditulis dengan khat nasakh yang baik dan ia adalah diantara matlamat tujuan di dalam ketinggian nilai dan pemeliharaannya dan sesungguhnya ia adalah hasil tulisan penulis yang mudah-mudahan yang dirahmati oleh Allah sebagaimana yang tercatat di  dalam muka surat terakhir  dan tulisan ini telah disempurnakan pada tahun 586 H iaitulah sebelum kematiannya dalam tempoh 20 tahun. Dan sesungguhnya tulisan beliau ini telah dibaca oleh ramai ‘ulama’ yang sezaman dengannya dihadapan pengarang sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam  riwayat melalui pendengaran dan telah tercatat tentang tajuk kitab ini di muka surat pertama iaitulah : “ Jami’ Al-Ushul Fi Ahadith Al-Rasul”.

5.      Salinan yang didapati hanya juzuk ke-7 di bawah nombor (202) dan bilangan kertasnya ialah 304 kertas yang dimulakan dengan kitab Al-Fadhail daripada huruf Fa dan berakhir dengan huruf Qaf  dan khat yang dugunakan ialah khat nasakh yang bagus dan cemerlang , ia ditulis atau disalin ketika pengarang kitab ini masih hidup lagi iaitu dengan salinan dan tulisan Abu A-Qosim ‘Umar bin Sa’d bin Al-Husain pada tahun 593 H . Dan sesungguhnya kitab ini telah didengari oleh bukan hanya seorang  daripada ‘ulama’ keatas sahabat penulis iaitu Ai Yusuf Ya’qub bin Muhammad bin Al-Husain Al-Maushili dengan sebenar-benar dengar daripada pengarang yang dirahmati Allah. Dan telah ternyata di kertas yang pertama  sebagaimana yang telah tercatat : Kitab ini kepunyaan hamba yang fakir yang berhajat hanya kepada Allah , bukan selain-Nya iaitu Al-Hasib bin Muhammad bin Al-Hasan ( Al-Hasan ialah amir Al-Mukminin mudah-mudahan beliau diredhai oleh Allah ).

6.      Salinan yang didapati hanya jilid yang ke-2 dibawah nombor 205 dan bilangan kertasnya ialah 193 kertas yang dimulai dengan kelebihan-kelebihan Al-Quran dan pembaca-pembacanya dan diakhiri dengan kitab yang ke-6 iaiti pembunuhan/peperangan yang berlaku dikalangan sahabat dan tabi’in dan perselisihan diantara mereka , dan tidak terdapat padanya tentang bilakah tarikh penulisannya dan sipakah penulisnya  dan pandangan yang terpilih ialah ia ditulis pada kurun yang ke-7 atau 8 H dan khatnya ialah khat nasakh yang jelas dan terang.

7.      Sailan yang didapati hanya jilid yang ke-6 di bawah nombor ( 211) dan bilangan  kertasnya ialah 341 kertas  yang dimulai dengan bab pertama dan kedua di dalam menyebut dan mengingati sekumpulan daripada para nabi dan diakhiri dengan akhir kitabdan khatnya ialah khat farsi yang baik dan penulisannya sempurna pada pagi hari Rabu iaitu hari ke-19 daripada bulan Ramadhan pada tahun 694 H Muhammad bin Al-Mu’tazz bin Abi Sa’d bin Nasr Allah bin Barakat, dan telah tercatat di hamisyh ( nota kaki ) di kertas yang terakhir  : Aku telah sampaikan dengan cara yang berlainan mengikut keluasan dan kemampuan dengan menyalin yang boleh dibaca dan berlainan dengan salinan dan tulisan oleh pengarang dan khatnya.

8.     Salinan yang didapati hanya jilid yang ke-10 di bawah nombor 209 dan bilangan kertasnya ialah 260 kertas uang dimulakan dengan bab yang ke-2 di dalam menyebut dan mengingati sekumpulan daripada paranabi dan diakhiri dengan penjelasan biografi Ka’ab bin Al-Khazraj dan khatnya ialah khat nasakh yang baik dan tidak diketahui bilakah tarikh penulisannya dan siapakah penulisnya akan tetapi ada berkenaan riwayat secara dengar didalamnya yang menunjukkan tentang tarikhnya ialah tahun 667 H.

9.      Salinan yang didapati hanya jilid yang ke-4 dibawah nombor 208 dan bilangan kertasnya ialah sebanyak 221 kertas yang dimulakan dengan kitab Al-Fitan dan berakhir dengan fasal ke-8 iaitu tentang Kaffarah , ia ditulis di dalam khat tulisan yang pelbagai yang berbeza , tidak mengapa dengannya , dan ia tidak terdapat tentang bilakah tarikh penulisannya dan sipakah penulisnya.

 
Þ       Dengan yang demikian , sesungguhnya kitab ini telah dicetak di Percetakan Al-Sunnah Al-Muhammadiah di Mesir di dalam 12 jilid dengan ditahqiq oleh Al-Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi iaitu ketua kumpulan Ansar Al-Sunnah Al-Muhammadiah  denag seliaan mufti Al-Diyar Al-Misriyyah  yang lepas iaitu Al-Syeikh ‘Abd Al-Majid Sulaim pada tahun 1368 H/1949 M . Dan cetakan ini bagus kecuali ianya  tidak lengkap dan yang tidak dicetak ada lebih kurang 1/5 kitab dan didalamnya terdapat kesalahan baris/tulisan , penyelewengan .


[1] Al-Imam Majid Al-Din Abi Al-Sa’adat Al- Mubarak Bin Muhammad : Ibn Al-Athir ( 544-606 H) ,Jami’ Al-ushul Fi Ahadith Al-Rasul , Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Qadir Al-Arnaut, Jld 1