) حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَدِيٍّ قَالَ سَمِعْتُ الْبَرَاءَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي سَفَرٍ فَقَرَأَ فِي الْعِشَاءِ فِي إِحْدَى الرَّكْعَتَيْنِ بِالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ [1]
Maksudnya:
Telah berkata kepada kami Abu Al-Walid telah berkata : telah berkata kepada kami Syu’bah daripada ‘Adiy telah berkata : Aku telah mendengar Al-Bara’ (( Sesungguhnya Nabi s.a.w. ketika Baginda berada didalam suatu musafir ( perjalanan), maka Baginda membaca di dalam solat ‘Isya’ didalam salah satu daripada dua rakaat dengan (surah) Al-Tin dan Al-Zaitun )).
PERAWAI SAHABAT[2]
Di dalam hadith ini perawi sahabat yang meriwatkannya dalah Al-Bara’ .
Nama beliau adalah Al-Bara’ bin ‘Azib bin Al-Harith bin ‘Adi bin Majda’ah bin Harithah Al-Ausi Abu ‘Umarah. Dikatakan juga beliau adalah Abu ‘Amru , Abu Al-Thufail Al-Madani , seorang sahabat dan anak kepada seorang sahabat.Beliau pernah pergi ke Kufah dan meninggal di sana pada zaman Mus’ib bin Al-Zubair .
Beliau meninggal pada tahun 72 hijrah dan disebutkan oleh Ibn Qoni’ didalam Mu’jam Al-Sahabah bahawa sesungguhnya beliau telah pergi berperang bersama RasululLah S.A..W sebanyak 15 peperangan .Dan berkata Ibnu ‘Abd Al-Birr : Dialah yang telah membuka Al-Rayy, dan dikatakan juga bahawa dialah yang telah diutuskan oleh RasululLah s.a.w. dan bersamanya anak panah ke Hudaibiyyah dan dia menjadi tentera di Al-Rayy. Dan yang masyhur tentang peristiwa tersebut adalah Najiah bin Jundub. Dan dia berkata (Ibnu ‘Abd Al-Birr) bahawa penyertaan pertamanya adalah peperangan Uhud, Dan berkata ‘Askariyy bahawa penyertaan pertamanya adalah peperangan Khandak . Dia juga menyertai bersam ‘Ali di dalam peperangan Jamal , Siffin, Al-Nahrowan dan dia juga diberi gelaran sebagai “ Za Al-Ghurrah “ , begitulah sebagaimana yang dikatakan tentangnya. Dan pada pendapatku (Ibnu Hajar Al’’Asqolani) bahawa yang dikatakan sebagai Za Al-Ghurrah tersebut adalah orang lain.
PERIWAYATANNYA :
Beliau meriwayatkan hadith daripada RasululLah s.a.w. , Abu Bakr , ‘Umar ,’Ali , Abi Ayyub , Bilal dan selain mereka.
Diriwayatkan pula daripadanya ‘Abd Allah bin Zaid Al-Khotomi, Abu Juhaifah , ‘Ubaid , Al-Rabi’, Yazid dan ramai lagi selain mereka.
PENJELASAN HADITH
Di dalam hadith ini menjelaskan bahawa RasululLah s.a.w. membaca di dalam solat ‘isya’ dengan surah التِّينِ وَالزَّيْتُونِ didalam salah satu daripada dua raka’at yang pertama.Imam Al-Nasai mengatakan bahawa ianya adalah di dalam raka’at yang pertama.
Di sini , kita juga dapat melihat bahawa sesungguhnya RasululLah s.a.w. sendiri membaca di dalam solat ‘isya’ dengan kuat dan jelas sehinggakan sahabat yang mengikuti Baginda ataupun menjadi ma’mum di belakang Baginda dapat mendengar dengan jelas bahawa RasululLah s.a.w. membaca surah tersebut ketika Baginda di musafir.
Imam Malik mengatakan bahawa RasululLah s.a.w. membaca surah Al-Haaqqah dan yang seumpamanya dan banyak lagi pandangan yang mengatakan tentang perihal ini.
PENGAJARAN HADITH
- Di dalam hadith ini menjelaskan kepada kita tentang perlunya ataupun dibolehkan membaca di dalam solat dengan surah yang pendek disebabkan adanya masyaqqah iaitu musafir.
- Berkata Al-Safaqosi : “ Sesungguhnya hadith ini menunjukkan bahawa tidak ada masa tertentu yang dihadkan untuk membaca surah bahkan ianya adalah berdasarkan keadaan”.
- RasululLah s.a.w. membaca di dalam solat ‘isya’ dengan surah Al-Zaitun .
[1]Sahih Muslim, Kitab Al-Solat, no706,707,708.
Sunan Al-Tirmizi, Al-Solat,no.285.
Sunan Al-Nasai, Al-Iftitah, no.990,991.
Sunan Abu Daud, Al-Solat, no.1032.
Sunan Ibnu Majah, Iqomat Al-Solat Wa Al-Sunnah Fiha, no.826.
Muwatta' Malik, Al-Nida' Li-Al-Solat, no.161.
[2] Tah zib Al-Tahzib , Ibn Hajar AL-Asqolani, juzu’ 2, m/s 269